Tahun ini kami berpuasa di rumah baru. Selama ni kami duduk di rumah mak. Rumah yang baru kami duduk ni rumah datuk suami.
Jadi kalau dulu aku boleh 'ngelat' masak untuk sahur (sebab dulu mak aku yang masakkan sahur), sekarang ni aku sendiri kena bangun kul 4.00 pagi sediakan lauk sahur.
Nak jadi cerita, baru hari pertama puasa, dah kantoi. Terjaga pukul 5.20 pagi! Mana sempat nak masak nasik & lauk. Even lauk yg simple mimple pun belum tentu sempat. Suami dah geleng pale..
Aku buntu..dlm dok pikir2 tu tangan aku pantas membancuh 2 gelas milo panas. Rasa bersalah la tu.
Tiba2 suami kata, "Na, masak la meggi je..sempat lagi ni".
Oh ye..ade meggi kari. Ngam2 2 paket lagi. Aku amik kuali, isi air, boh telor 2 bijik.
Siap!! Kami pun mula makan..panas2 tu...hantam aja lah! Habis makan & minum milo, azan subuh pun berkumandang.
Itulah story hari pertama puasa tahun ni. Kalau orang lain first day sahur makan lauk2 best, tapi kami cuma makan meggi je..nak buat cam ne, dah itu rezeki kami pagi tu.
Sekarang ni dah ok..tak kantoi lagi. Pukul 5 dah siap semua. Makan sahur sambil tengok TV3, drama Simbiosis. Sempat jugak la kalau nak minum air putih & kurma lagi...hehehe. Harap2 lepas ni tak terlajak lagi.
OK...Selamat menjalani ibadah puasa semua!!
Thursday, September 4, 2008
Tuesday, August 5, 2008
Sahabat maya
Dalam ramai-ramai kawan maya yang saya kenal, dia ni seorang yang paling rapat dengan saya. Allah menemukan saya dengannya dan dapat rasa yang kami serasi. Dengan hanya berhubung melalui Skype, dia ni suka melawak, menceriakan hari saya di ofis yang rata2 cukup menstresskan ni. Moga persahabatan ini berpanjangan..dan moga kita dipertemukan Allah suatu hari nanti wahai Pn. Rohaizan bt Hassan..
Nota: Saya tidak dapat meletakkan gambar beliau di sini atas permintaan nya, sebab katanya "bukan cun pun..." hehehe..
Nota: Saya tidak dapat meletakkan gambar beliau di sini atas permintaan nya, sebab katanya "bukan cun pun..." hehehe..
Sunday, August 3, 2008
Akhirnya..
Friday, August 1, 2008
Warkah Buat Suami
Dengan nama Tuhan, kumulakan butir bicara ini. Agar ia keluar dari hatiku yang tulus ikhlas dan seterusnya akan meresap ke dalam jiwamu dengan penuh ketenangan hendaknya. Selawat dan salam untuk baginda junjungan, pembawa hidayah ketuhanan buat sekian hamba Tuhan.Kesyukuran yang memenuhi bumi dan melangkaui alam ini kupersembahkan pada Tuhan di atas kurnia yang tiada nilainya buatku. Kurniaan nikmat teragung selepas iman dan Islam yang mendiami hatiku dan dengannyalah aku hidup dan mati. Inilah dinamakan takdir ketentuan Tuhan. Kasih dan cinta yang tersemai rupanya telah tercatat akan tibanya kesuatu titik perjanjian suci di atas nama dan kalam Ilahi. Ikatan yang menghalalkan hubungan cinta diantara aku dan dirimu. Ijab dan qabul bersaksi melayakkan kau aku panggil suami dan aku kau panggil isteri. Duhai suamiku tersayang,terlalu banyak dugaan yang telah kita lalui untuk menikmati saat hingga ke hari ini. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan. Maka, saat pertama kali dahiku kau kucup adalah detik terindah yang tidak akan kulupakan terakam dalam hidupku. Tika itu terasa mengalir benih-benih cinta dari dalam hatimu memasuki lubuk jiwaku. Duhai suamiku tercinta,sejak hari itu bermulalah perkongsian hidup antara kita. Penyatuan dua jiwa dan dua hati berlainan perasaan dalam mengharungi suka duka alam rumah tangga. Wahai sayang,Doaku; wahai Tuhan, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.Ya Allah, kurnialah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu. Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.Ya Allah…..
Subscribe to:
Posts (Atom)