Tuesday, August 5, 2008

Sahabat maya

Dalam ramai-ramai kawan maya yang saya kenal, dia ni seorang yang paling rapat dengan saya. Allah menemukan saya dengannya dan dapat rasa yang kami serasi. Dengan hanya berhubung melalui Skype, dia ni suka melawak, menceriakan hari saya di ofis yang rata2 cukup menstresskan ni. Moga persahabatan ini berpanjangan..dan moga kita dipertemukan Allah suatu hari nanti wahai Pn. Rohaizan bt Hassan..

Nota: Saya tidak dapat meletakkan gambar beliau di sini atas permintaan nya, sebab katanya "bukan cun pun..." hehehe..

Sunday, August 3, 2008

Akhirnya..


Salam,

Akhirnya saya jumpa juga template yang berkenan di hati untuk blog saya ni. Sebelum ni dah beberapa kali ditukar tapi tiap kali rasa macam ade yang tak kena. Alhamdulillah...Ok, kali ni saya tempek gambar anak sulung saya, Ayu Munirah Sharizal, baru 4 tahun.

Friday, August 1, 2008

Warkah Buat Suami


Dengan nama Tuhan, kumulakan butir bicara ini. Agar ia keluar dari hatiku yang tulus ikhlas dan seterusnya akan meresap ke dalam jiwamu dengan penuh ketenangan hendaknya. Selawat dan salam untuk baginda junjungan, pembawa hidayah ketuhanan buat sekian hamba Tuhan.Kesyukuran yang memenuhi bumi dan melangkaui alam ini kupersembahkan pada Tuhan di atas kurnia yang tiada nilainya buatku. Kurniaan nikmat teragung selepas iman dan Islam yang mendiami hatiku dan dengannyalah aku hidup dan mati. Inilah dinamakan takdir ketentuan Tuhan. Kasih dan cinta yang tersemai rupanya telah tercatat akan tibanya kesuatu titik perjanjian suci di atas nama dan kalam Ilahi. Ikatan yang menghalalkan hubungan cinta diantara aku dan dirimu. Ijab dan qabul bersaksi melayakkan kau aku panggil suami dan aku kau panggil isteri. Duhai suamiku tersayang,terlalu banyak dugaan yang telah kita lalui untuk menikmati saat hingga ke hari ini. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan. Maka, saat pertama kali dahiku kau kucup adalah detik terindah yang tidak akan kulupakan terakam dalam hidupku. Tika itu terasa mengalir benih-benih cinta dari dalam hatimu memasuki lubuk jiwaku. Duhai suamiku tercinta,sejak hari itu bermulalah perkongsian hidup antara kita. Penyatuan dua jiwa dan dua hati berlainan perasaan dalam mengharungi suka duka alam rumah tangga. Wahai sayang,Doaku; wahai Tuhan, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.Ya Allah, kurnialah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu. Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.Ya Allah…..